Datuk Baharom Embi Dilantik Pengerusi Baharu CBP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) hari ini telah mengumumkan pelantikan YBhg Datuk Baharom Bin Embi sebagai Pengerusi yang baharu berkuat kuasa 30 Oktober 2021.

Beliau berpengalaman lebih 30 tahun di dalam industri kewangan yang dapat memacu CBP ke satu peringkat yang lebih tinggi.

“Bekas graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi dan Kewangan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Sistem Sokongan Keputusan) dari New Hampshire College, Manchester, Amerika Syarikat.

“Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Pengerusi CBP adalah sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (TEKUN) sejak Februari 2015.

“Beliau juga pernah berkhidmat dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dengan pengalaman selama 27 tahun dengan memegang beberapa jawatan di peringkat pengurusan.” jelas kenyataan media Co-opbank Pertama, pada Ahad.

Dalam pada itu, Co-opbank Pertama (CBP) telah ditubuhkan pada 7 Jun 1950. Pada September 2014, CBP telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah co- opbank.

CBP mempunyai 29 buah cawangan termasuk outlet di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh Syariah seperti Pembiayaan Individu, Koperasi serta Korporat, Ar-Rahnu, Deposit, Syer Keanggotaan serta Takaful dan Wasiat Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cbp.com.my. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat