Mantap kefahaman Rukun Negara

- Advertisement -

SEMPENA sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia pada 16 September lalu, Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor menganjurkan satu program bagi memantapkan lagi kefahaman mengenai Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan kepada peserta sasaran yang terbabit.

Program #KitaUiTM: Memposisi Rukun Negara dalam Penerapan Nilai E.S.I (Excellence, Synergy, Integrity) itu diadakan di Dewan Seminar Kolej Mawar.

Ia membabitkan seramai 50 peserta terdiri daripada Timbalan Rektor (HEP), Timbalan Dekan (HEP), Ketua-ketua Unit Kepimpinan Pelajar kampus negeri, wakil dari fakulti dan kampus-kampus negeri serta tiga orang wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar.

Program selama sehari itu dipimpin penceramah yang dikenali ramai iaitu Ustaz Mohd Erfino Johari yang juga Pengarah Bimula Management & Consultancy.

Peserta didedahkan dan diberikan kefahaman lebih mendalam beberapa perkara penting mengenai perlembagaan Malaysia.

Ia termasuk kepentingan dan keperluan Perlembagaan Persekutuan, sejarah am kenegaraan, pancang utama dalam Perlembagaan Negara yang membabitkan agama, raja, bahasa, bangsa Melayu & etnik Sabah dan Sarawak serta kewarganegaraan.

 

USTAZ Mohd Erfino
USTAZ Mohd Erfino

 

Pada masa sama, peserta turut didedahkan dengan perincian Rukun Negara dan Maqasid Syariah dalam Rukun Negara, iaitu tujuan dan matlamat daripada pensyariatan hukum serta peraturan ditetapkan.

Bagi menguji kefahaman, peserta diminta melakukan dua aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) iaitu Pasak Ilmu Kenegaraan kepada semua akademia dan pentadbir serta kebolehan menyampai dan menyebarkan ilmu ketatanegaraan serta Sinergi Rukun Negara dengan Penerapan Nilai E.S.I UiTM.

Peserta program, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pengurusan Maklumat, Dr Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi berkata, generasi muda hari ini banyak terdedah dengan maklumat salah terutama mengenai perkara yang membabitkan Perlembagaan Persekutuan negara.

“Banyak perkara yang dipelajari dan dibincangkan ketika program ini berlangsung boleh dipanjangkan kepada pelajar dengan perkongsian selama beberapa minit sebelum memulakan kelas.

“Ini adalah penting bagi memastikan pelajar faham maksud Perlembagaan Negara yang sebenarnya,” katanya.

 

SESI bergambar peserta program bersama Dr Azizan dan Ustaz Mohd Erfino.
SESI bergambar peserta program bersama Dr Azizan dan Ustaz Mohd Erfino.

 

Menerapkan dan menyampaikan pengetahuan yang betul mengenai Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan kepada masyarakat serta generasi muda khasnya, dilihat dapat menjadi pemangkin untuk terus mewujudkan sebuah negara yang harmoni dan bersatu hati tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Profesor Dr Azizan Abdullah berkata, penganjuran Program #KitaUiTM ini mampu menjadi penggerak untuk menyahut seruan pengurusan UiTM dalam memperkasakan E.S.I dalam kalangan warganya dengan meletakkan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia sebagai asas penggerak dalam melaksanakan tugasan harian.

“Ia selaras dengan objektif utama pelaksanaan program itu iaitu memahami prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan dalam membentuk jati diri warga UiTM dan sebagai rakyat Malaysia khasnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat