Beyonce mahu bersara

- Advertisement -

Penyanyi, Beyonce Knowles-Carter, 39, meluahkan hasrat untuk memperlahankan kerjaya seninya bagi memberi tumpuan kepada keluarga.

Isteri kepada penyanyi rap, Jay-Z itu berkata, selain mahu meluangkan masa bersama keluarga, dia juga mahu membuang semua tekanan daripada kehidupannya.

“Saya mula terbabit dalam industri muzik sejak berusia 15 tahun dan membesar di depan mata dunia. Saya sudah bekerja keras dengan pelbagai projek tanpa henti,” katanya dalam temu bual bersama majalah Vogue.

Ibu kepada tiga anak iaitu Blue, Sir dan Rumi ini berkata, dia sudah melakukan yang terbaik dalam membina kerjaya nyanyiannya.

“Saya lancarkan Lemonade pada siri jelajah Formation, melahirkan anak kembar, tampil di Coachella, arahkan Homecoming, teruskan dengan jelajah dunia bersama Jay dan kemudian Black Is King. Semuanya tanpa henti.

“Ia adalah beban dan tugas berat. Saya sudah habiskan banyak waktu memberi tumpuan untuk membina legasi saya dan menjadi wakil untuk memperkenalkan budaya saya sebaik mungkin.

“Sekarang, saya buat keputusan dan memilih untuk beri tumpuan kepada diri sendiri pula,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat