Filem “Tebus” ditayangkan di Prime Video satu kebanggaan penkarya tempatan.

- Advertisement -

Filem terbaru terbitan syarikat produksi Vian Media Sdn Bhd, arahan Jason Chong berjudul “Tebus” yang disiarkan di platfrom penstriman over the top (OTT) terkemuka Amerika Syarikat (AS), iaitu Prime Video pada 31 Ogos 2023.

Filem bergenre Aksi/romatika ini telah membuat pengambaran sepenuhnya di negeri Sarawak yang bermula pada Febuari lalu.

Sinopsis filem Tebus mengisahkan seorang pengawal keselamatan yang terdesak, Johan lakonan Aedy yang menculik pewaris barangan kemas, Ana (Ahirine) untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil (Idan).

Setelah menculik Ana segala perancangan Johan tidak berjalan lancar apabila bapa tiri Ana iaitu Bakar (Azhan) tidak mahu membayar wang tebusan dan ingin membunuh kedua duanya, lalu Johan melepaskan Ana tetapi mereka telah jatuh cinta dan merancang untuk mendedahkan segala perbuatan jahat Ayah tirinya.

Tebus yang berdasarkan hasil tulisan Sky Khor, menampilkan Aedy Ashraf dan Ahirine Ahirudin sebagai tunjang utama. Filem ini juga membariskan Idan Aedan, Azhan Rani, Jay Iswazir dan Marisa Yasmin.

Penerbit Eksekutif Tebus, Jason Chong berkata, Tayangan filem tebus di Prime Video dianggap pencapaian membanggakan bagi filem tempatan dan membuka laluan pengkarya tempatan mengetengahkan budaya rakyat Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Kalau lihat industri perfileman sudah semakin rancak, malah ada pelbagai platform yang membuka ruang kepada pembikin filem untuk ketengahkan naskhah ke pasaran yang lebih jauh.

“Jadi, apabila Tebus ditayangkan di Prime Video, saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk industri filem tempatan mendapat tempat di peringkat lebih besar,”

“Selain masuk ke pawagam atau sertai festival filem, tayangan di platform penstriman memberi peluang kepada pembikin filem mengetengahkan kerja, budaya dan bahasa dalam naskhah Malaysia kepada penonton di luar negara,” katanya pada sidang media selepas sesi pratonton filem Tebus di GSC The Starling semalam.

Ahirine Ahirudin ditanya mengenai lakonanya yang telah banyak berubah berbanding dengan lakonan dia pada filem-filem yang lalu, ini kerana minat dan jatuh cinta pada bidang lakonan.

“Terus terang, selepas dua tahun saya mula jatuh cinta dalam bidang lakonan terutama jika berlakon dalam cerita aksi,”

“Watak kali ini berbeza kerana saya perlu banyak menangis dan tidak pernah dilakonkan sebelum ini. Bagi menjiwai watak, saya juga mengikuti kelas lakonan bersama Fauziah Nawi dan Pekin Ibrahim,”

“Ada babak aksi yang saya perlu buat sebanyak 10 kali untuk mendapat hasil seperti dikehendaki oleh pengarah. Walaupun saya ada seni Muay Thai, tapi kaki dan tangan teruk lebam-lebam itu perkara biasa jika kita berlakon dalam filem aksi.

“Ada juga babak yang berbahaya di mana saya perlu berenang di Sungai Sarawak. Namun pihak produksi sediakan segala langkah keselamatan yang perlu seperti paramedik, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan sebagainya,” katanya.

Filem Tebus boleh ditonton di Prime Video bermula pada 31 Ogos. Selamat menonton.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat