Azalina masih penasihat undang-undang PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Azalina Othman Said masih berkhidmat sebagai penasihat undang-undang dan hak asasi manusia kepada Perdana Menteri.

Dalam hantaran ringkas di Facebooknya pagi ini, beliau memberitahu perkara tersebut sebagai mengulas spekulasi malam tadi yang mendakwa beliau meletak jawatan tersebut.

“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65,” kata Azalina.

Malam tadi, beberapa agensi media melaporkan Ahli Parlimen Pengerang itu meletak jawatan sebagai penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Azalina dilantik Penasihat Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri pada 2 Oktober 2021 selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos tahun sama.

Laporan itu timbul dipercayai mempunyai kaitan dengan kritikan Azalina terhadap Ismail pada program Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Kenyataan Azalina itu mengundang pelbagai kritikan kerana dilihat perdana menteri mempunyai kawalan dan pengaruh terhadap institusi undang-undang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat