Ahli UMNO Diseru Rapatkan Saf, Tolak Usaha Pecah Kesatuan Dalam Parti

- Advertisement -

CYBERJAYA – UMNO Pengkalan Chepa menyeru kepada seluruh akar umbi dan ahli UMNO merapatkan saf dan menolak sebarang usaha memecahkan kesatuan dalam parti itu, terutama ketika berdepan pelbagai ujian termasuk isu berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Haji Zaluzi Bin Sulaiman berkata, dalam masa yang sama, semua pihak perlu bersama-sama mencari satu formula untuk mengembalikan maruah UMNO dan mengangkat Barisan Nasional (BN) kembali sebagai sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

“Kami yakin semua ahli UMNO merasai terkesan dan sedih dengan apa yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.

“UMNO Bahagian Pengkalan Chepa melahirkan rasa simpati kepada seluruh keluarga DS Najib Razak atas ujian yang amat berat ini. Sudah pasti kita tidak mampu menyangkal akan jasa dan kebaikan yang pernah beliau lakukan untuk rakyat dan negara Malaysia sebelum ini.

“Parti juga diuji dengan pelbagai dugaan dan kematangan kepimpinan parti sentiasa mengambil tempatnya. Terbukti sehingga hari ini UMNO utuh dan teguh dengan meraikan perbezaan pendapat tanpa memecahkan perpaduan parti juga kesatuan akar umbi,” katanya, menerusi satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebarang keputusan-keputusan besar berkaitan parti akan dibuat melalui proses musyawarah kepimpinan dalam MKT dan juga Perhimpunan Agung UMNO tahunan.

“Kematangan ini diterjemahkan untuk merealisasikan agenda parti demi memenangi Pilihan Raya.

“Sebagai sebuah keluarga besar UMNO, kita harus memberikan kepercayaan kepada Majlis Kerja Tertinggi dan kepimpinan “Top 5” dalam menentukan halatuju dan tarikh pembubaran Perlimen.

“Tindakan menyerang sesama sendiri akan memberikan kesan yang tidak baik kepada parti dan ianya bercanggah dengan kematangan Majlis Kerja Tertinggi yang dikhabarkan bermesyuarat dalam semangat harmoni pada malam sejurus Himpunan Amanat Presiden Parti,” ujarnya.

Ujarnya lagi, apa yang berlaku dalam himpunan Amanat Presiden sedikit mencalar imej parti UMNO dan ianya tidak sepatutnya berlaku.

“Tambahan pula segelintir suara kecil yang lantang dalam dewan yang tidak mewakili keseluruhan hadirin yang hadir mem “boo” YAB Perdana Menteri setiap kali nama beliau disebut.

“Ianya jauh sekali dari budaya UMNO yang sentiasa menghormati kepimpinan tertinggi parti. UMNO Pengkalan Chepa menzahirkan rasa simpati atas peristiwa tersebut.

“UMNO Bahagian Pengkalan Chepa tegas dalam mendokong barisan kepimpinan parti yang diketuai Presiden UMNO YB DS Dr. Zahid Hamidi dan menyanjungi YAB DS Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang mewakili UMNO dan juga “Poster Boy” Barisan Nasional untuk PRU15 nanti sepertimana keputusan rasmi PAU Khas yang lepas dan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat