Zahid Hadir Menyelesaikan Kemelut BN dan PN Sabah?

- Advertisement -

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kota Kinabalu pagi tadi bagi menghadiri beberapa perjumpaan tertutup bersama pimpinan bahagian-bahagian UMNO di Sabah pada hari ini dan esok.

Ahmad Zahid juga dijangka mengadakan perjumpaan tertutup dengan pimpinan parti komponen – UMNO, MCA dan PBRS – bagi mendengar sendiri pandangan dan keputusan BN Sabah berkenaan pembahagian kerusi.

BN Sabah berpeluang memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini namun berhadapan dilema pembahagian kerusi dengan Perikatan Nasional dan PBS.

Semalam Bung menyatakan kerusi BN akan dimuktamadkan dalam sehari dua ini. Justeru dijangka mesyuarat Zahid bersama BN Sabah malam nanti mungkin akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara tersebut.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Bung Mokhtar Radin sebelum ini menegaskan UMNO akan bertanding sekitar 37 kerusi. Namun kegagalan mengumumkan calon-calon BN lebih awal seperti yang diperkatakan memberi gambaran ada isu belum selesai.

Setakat ini belum jelas sama ada Ahmad Zahid akan bertemu dengan kumpulan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berikutan sidang media kontroversi minggu lalu.

Sungguhpun begitu, Bung sebelum ini telah mengisytiharkan tiada sebarang masalah dengan Rahman dan menganggap perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam parti.

Semalam Rahman turut menegaskan, “perbezaan pendapat adalah lumrah politik. Kita harus tahu untuk membahagikan isu. Ada masa untuk tidak bersetuju namun ketika ini adalah masa untuk Barisan Nasional dan rakan-rakan untuk menawan kembali Sabah. Pada ketika ini, ia adalah satu keutamaan,”

Rahman dijangka akan hadir dalam pertemuan Zahid dengan Ketua UMNO Bahagian ZON 1&2 yang  merangkumi Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang. Rahman merupakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Tuaran. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat