Sekarang Adalah Masa Untuk Tawan Kembali Sabah

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata perbezaan pendapat adalah perkara biasa di dalam politik.

Namun adalah menjadi keutamaan ketika ini untuk merampas kembali Sabah di dalam pilihan raya umum negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Perbezaan pendapat adalah lumrah politik. Kita harus tahu untuk membahagikan isu. Ada masa untuk tidak bersetuju namun ketika ini adalah masa untuk Barisan Nasional dan rakan-rakan untuk menawan kembali Sabah. Pada ketika ini, ia adalah satu keutamaan,” katanya.

Rahman berkata demikin ketika membalas pertanyaan salah seorang pengguna media sosial di laman Twitter semalam.

“UMNO Sabah sudah menyelesaikan masalah dalaman tak? @MyKinabatangan @DARDOfficial,” soal Sky Ngo Hui Qian.

Selasa lalu, sekumpulan pemimpin UMNO Sabah diketuai Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Tuaran menyatakan tidak setuju dengan pelantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai ketua jentera Barisan Nasional (BN) Sabah bagi menghadapi PRN.

Bung ketika ketika diminta mengulas isu tersebut menafikan pihaknya mempunyai krisis dengan Abdul Rahman sambil menegaskan menghormati pandangan itu terhadap dirinya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kinabatangan itu menegaskan persiapan untuk menghadapi PRN adalah menjadi keutamaan.

Beliau berkata hanya mahu menumpukan usaha memantapkan jentera parti di semua bahagian UMNO di Sabah bagi memenangi PRN. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat