Wakil rakyat perlu bijak atur program cipta peluang pendapatan, bukan hanya berjanji sana sini

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat perlu bijak atur program untuk rakyat untuk buka peluang pendapatan kepada orang awam untuk berniaga seterusnya sebagai sumber pendapatan kepada mereka bukan hanya pandai tabur janji.

Pengerusi Bersekutu Gabungan Suara Rakyat (GASURA) Datuk Seri Raj Manickam berkata seorang pemimpin perlu sentiasa berfikir bagaimana untuk membantu rakyat menambahkan pendapatan mereka seterusnya membantu mereka menghadapi beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Ada banyak cara seorang wakil yang sudah dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya boleh lakukan untuk bantu rakyat antaranya ialah mengadakan program berteraskan rakyat dan dianjurkan untuk rakyat,” katanya kepada Suara TV hari ini.

Datuk Seri Raj yang sekarang giat menjalankan pelbagai program dalam Parlimen Selayang mengumumkan akan menganjurkan satu pertandingan bola sepak bulan depan dengan pendaftaran percuma diberikan untuk pasukan yang berminat bertanding.

“Program ini diadakan untuk pasukan bawah 18 tahun dan ia dibuka khusus untuk semua yang berada di bawah kawasan Parlimen Selayang iaitu di Kuang, Rawang dan Taman Templer dan ia pertandingan 11 sebelah,” katanya.

Beliau berkata program ini diadakan berteraskan semangat komuniti bersatu dengan mereka akan berkumpul sebagai satu hiburan, sukan dan keluarga bahagia.

“Kita akan beri peluang ramai orang cari pendapatan pada program ini kerana para peniaga kerana mereka akan diberikan tapak berniaga secara percuma ketika pertandingan itu nanti,” katanya.

Datuk Seri Raj berkata program berteraskan aktiviti sukan akan menarik perhatian orang untuk menyertainya seterusnya menguatkan semangat perpaduan dalam kalangan semua lapisan masyarakat untuk bersatu melalui sukan.

Sukan bola sepak yang sudah cukup sinonim dengan rakyat Malaysia tambahan pula tahun ini baru sahaja berakhir Piala Dunia di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada menjadikan ia sukan paling sesuai untuk program ini, ujarnya.

“Saya akan maklumkan semua butiran mengenai pertandingan ini yang akan diadakan pada bulan depan di Selayang,” katanya.

Datuk Seri Raj merupakan seorang individu yang sentiasa bersungguh-sungguh membantu dan menyelesaikan masalah rakyat bukan hanya di Selayang tetapi juga di seluruh negara dan merancang untuk bertanding di Parlimen Selayang pada pilihan raya akan datang sebagai calon Bebas.

“Saya buat kerja bantu rakyat bukan atas dasar persatuan tetapi ada dalam naluri saya mahu menyalurkan bantuan dan sumbangan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai.

“Ramai juga orang yang datang dan tampil kepada saya menyatakan bahawa ramai wakil rakyat pada kali ini menabur janji tetapi tidak melakukan apa-apa kerja, saya mahu budaya ini berhenti dan kita terus jalankan kerja bukan hanya berpolitik,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat