Calon Bebas yang mahu bertanding pilihan raya mesti ada tanggungjawab jalankan kerja untuk rakyat

KUALA LUMPUR – Calon Bebas yang ingin bertanding pada pilihan raya hendaklah ada sikap mahu bersungguh-sungguh buat kerja membantu rakyat dan bukannya bertanding atas dasar suka-suka atau bertindak mahu memecah undi di sesuatu kawasan yang ditandingi.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pengundi mesti pandai memilih calon dan elakkan dari terpedaya dengan janji-janji kerana kegagalan memilih dengan baik akan menyebabkan kesan buruk selepas pilihan raya.

“Kita apabila memilih calon kita tidak tahu kerana apabila melihat rupa calon, ia kelihatan baik dan ada juga yang rupa tidak kelihatan baik tetapi sebagai rakyat, mereka perlu pandai memilih dan jangan biarkan kita diperbodohkan dengan janji-janji.

“Kali ini, ada pilihan raya, selepas ini pilihan raya lagi lama kelamaan pengundi yang menanggung akibat kerana berpegang pada janji yang tidak tepat,” katanya kepada Suara TV hari ini.

Beliau berkata pengundi mesti memilih calon yang ada menunjukkan kesungguhan buat kerja untuk membantu rakyat kerana pengundi tidak mahu mereka yang bertanding sebagai calon bebas atas sebab tertentu yang bermotifkan politik.

“Calon perlu buat yang terbaik supaya rakyat ada tempat berteduh supaya masalah yang berlaku boleh diatasi,” ujarnya.

Datuk Nadzim berkata PPIM menerima aduan dari pelbagai pihak yang mendakwa mereka seolah-olah ditipu setiap 5 tahun kerana selepas musim kempen pilihan raya dan hari mengundi calon yang diundi ibarat entah ke mana selepas menang.

“Rakyat jadi kecewa dan untuk berjumpa pun susah, ketika berkempen boleh berjumpa kerana proses meraih undi dan ia akan tamat pada masa itu sahaja.

“Kita dapat rungutan dari orang ramai mengatakan perkara ini harus berhenti kerana setiap mengundi, menang ada wakil rakyat akan hilang ibarat “scammer”, ada pengundi menganggap wakil rakyat sebegitu adalah scammer,” katanya.

Beliau berkata ada masa calon itu dilihat amat berpotensi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat ditambah dengan janji yang ditabur ketika kempen tetapi selepas itu tidak pun memberikan kesan atau khidmat apa-apa kepada pengundi.

“Kita harap perkara ini berubah, kali ini kita tidak mahu lagi diperbodohkan. Kita mahu calon-calon yang jika mahu ke depan perlu bertanggungjawab selepas menang pada pilihan raya nanti,” katanya.

Datuk Nadzim berkata rakyat perlu berhenti memberikan undi kepada calon yang sering memberikan janji tetapi tidak mahu berkhidmat untuk rakyat di kawasan kerusi yang diwakilinya sebaliknya sibuk berpolitik sehingga tidak menjalankan kerja sebagai wakil rakyat.

Ketika ini ada banyak pihak sudah tampil dan mahu bertanding sebagai calon Bebas untuk membantu rakyat kerana banyak rungutan kini sebahagian wakil rakyat tidak buat kerja selepas menang walaupun sudah berkali-kali dipilih.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat