PBRS sambut baik RMKe-13 yang turut memberi fokus kepada pembangunan luar bandar Sabah

Kuala Lumpur, 31 Julai – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyatakan sokongan penuh terhadap pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini, menyifatkannya sebagai dokumen strategik nasional yang berteraskan keadilan sosial, pembangunan terangkum dan kemampanan jangka panjang.

Presiden PBRS, Datuk Sri Arthur Joseph Kurup menegaskan bahawa pelan lima tahun itu memberi harapan baharu kepada rakyat Sabah, khususnya dalam merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan melonjakkan sektor ekonomi luar bandar.

“Sebagai parti yang mewakili suara rakyat luar bandar Sabah, PBRS menyambut baik tekad kerajaan Persekutuan untuk memberi penekanan khas terhadap Sabah melalui pembangunan FELDA, FELCRA dan wilayah-wilayah pedalaman,” katanya.

Tambah beliau, tumpuan RMKe-13 terhadap pemodenan sektor pertanian melalui mekanisasi, automasi dan teknologi pintar amat dialu-alukan memandangkan pertanian merupakan nadi utama kehidupan luar bandar di negeri itu.

Pelan pembangunan tersebut turut memperuntukkan lebih RM227 bilion bagi sektor ekonomi termasuk pertanian, dengan cadangan pelaksanaan projek seperti hab perikanan bersepadu, hab ekonomi biru di Sabah, dan pengukuhan pasar tamu sebagai langkah memperkukuh rantaian bekalan makanan tempatan.

Selain itu, PBRS menyambut baik perancangan strategik lain seperti:

* Pembangunan Taman Perindustrian Kota Kinabalu,
* Naik taraf depoh pengadunan biodiesel di Sandakan dan Lahad Datu,
* Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah,
* Dan projek Jaminan Bekalan Tenaga Sabah.

Menurut Arthur, penekanan terhadap penyertaan belia luar bandar menerusi program TVET dan Skim Pembiayaan TVET Madani diyakini akan melahirkan agropreneur muda berkemahiran dan bersedia menggerakkan sektor pertanian moden.

“Usaha ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan 1.2 juta pekerjaan baharu menjelang 2030, termasuk dalam ekonomi digital dan pertanian pintar,” tambah beliau.

Mengakhiri kenyataan, PBRS menyeru rakyat Sabah agar merebut peluang daripada pelbagai inisiatif RMKe-13, dan menggesa agar Kerajaan Negeri dan Persekutuan terus bekerjasama menjayakan pelan pembangunan tersebut.

“RMKe-13 membawa harapan baharu ke arah pembentukan Sabah yang lebih makmur, maju dan bermaruah dalam Persekutuan Malaysia,” ujar Arthur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat