Kes Zara Qairina: Polis Rakam 60 Keterangan, Siasatan Di Fasa Akhir

CYBERJAYA : Polis Sabah kini berada di peringkat akhir siasatan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, yang dipercayai terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan membabitkan 60 saksi, termasuk guru dan rakan mangsa, telah dijalankan, dan tidak menolak sebarang kemungkinan termasuk unsur buli.

“Siasatan kematian pelajar yang ditemui jatuh dari bangunan sekolah kini di fasa akhir. Kes ini akan diserahkan kepada Bukit Aman untuk analisis menyeluruh,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan peringkat Sabah di IPK Sabah, Kota Kinabalu.

Zara Qairina, 13, ditemui dalam keadaan parah kira-kira jam 3 pagi di bawah bangunan asrama dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan. Bagaimanapun, keesokan harinya, pihak keluarga membuat keputusan menghentikan bantuan hayat selepas doktor mengesahkan tiada lagi fungsi otak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, turut mengulas perkembangan kes tersebut menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau. Beliau menegaskan bahawa siasatan perlu diberi ruang agar dapat dijalankan dengan telus dan berintegriti.

“Beri ruang kepada polis untuk menjalankan tugas secara profesional, telus, menyeluruh dan berintegriti. Tiada siapa yang akan dilindungi dan terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat