Kelewatan tangani beban rakyat adalah bentuk kelompongan moral bahaya – Anwar

KUALA LUMPUR – “Ada masanya yang menghakis kepercayaan rakyat bukan apa yang kita lakukan secara salah, tetapi apa yang kita biarkan tanpa tindakan”, demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, kelewatan menoktahkan ketidakadilan, kelalaian dalam menangani beban rakyat dan keengganan untuk berubah dan melakukan anjakan, kesemuanya adalah bentuk kelompongan moral yang bahaya.

“Dalam menggalas amanah kepemimpinan dan pentadbiran sebuah negara yang majmuk, kita pasti diuji bukan hanya oleh musuh yang nyata, tetapi juga oleh kebimbangan untuk membuat keputusan yang tegas, adil dan tepat.

“Justeru, jangan kita mudah terpana dengan soal-soal teknikal dan angka-angka kejayaan semata, tanpa menggarap bahawa keadilan dan prinsip moral berjalan seiringan,” tegas Perdana Menteri.

Tegas beliau, penambahbaikan tatakelola akan ditumpukan kepada tiga aspek iaitu menginstitusikan kerajaan yang cekap dan berkesan, menyediakan perkhidmatan
berpaksikan rakyat serta memastikan kekuatan fiskal dan impak perbelanjaan negara sampai kepada golongan sasar.

“Walhasil, integriti dan pertanggungjawaban harus dibudayakan secara menyeluruh, bukan hanya dalam kalangan penjawat awam atau agensi penguatkuasaan, malah melibatkan semua sektor, termasuk swasta, badan berkanun, GLC, GLIC dan pertubuhan masyarakat.

“Justeru itu, Kerajaan Madani komited untuk memperkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen, pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti sejak peringkat awal pendidikan hingga ke jentera pentadbiran,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat