Pas larang ahli parti buat kenyataan urusan dalaman parti – Takiyuddin

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Pas dilarang membuat kenyataan berkaitan urusan dalaman parti dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada melalui media ataupun video mahupun audio, tegas Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menerusi kenyataan media beliau, larangan tersebut termasuklah kenyataan yang berhubung kait dengan hal-hal yang berkaitan calon pilihan raya.

“PAS dengan tegasnya melarang semua ahli dari membuat sebarang kenyataan umum berkaitan urusan dalaman Parti dalam apa bentuk sekalipun sama ada melalui media ataupun video mahupun audio. Ini termasuklah kenyataan yang berhubung kait dengan hal-hal yang berkaitan calon pilihan raya.

“Dalam hal ini setiap ahli perlu ingat bahawa proses pemilihan calon mewakili PAS bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri dibuat mengikut ketetapan dan peruntukan yang jelas dalam Perlembagaan PAS, bukannya atas desakan, tekanan atau pengaruh mana-mana pihak. Ia perlu melalui banyak peringkat merangkumi Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jabatan Pilihan Raya PAS dengan mengambil kira pandangan organisasi PAS di semua peringkat.” Katanya.

Justeru itu ujar Takiyuddin lahi, sebarang kenyataan yang berupa sedemikian, lebih-lebih lagi yang membawa risiko sokongan kepada PAS / Perikatan Nasional perlu dihentikan segera bagi mengelakkan pihak berkuasa tatatertib PAS terpaksa menjalankan prosidingnya.

Sebarang persoalan mahupun pertikaian hal-hal dalaman Parti sekiranya wujud perlu dibawa dan diselesaikan mengikut saluran Parti.

Kata Takiyuddin lagi, sebagai sebuah Parti Arus Perdana, PAS bersama-sama rakan-rakan gabungan dalam Perikatan Nasional yakin akan terus diberikan mandat oleh rakyat dalam PRN ini untuk terus mara berkhidmat kepada negara dan rakyat jelata di peringkat negeri dan negara.-SUARATV

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat