Pengumuman peruntukan oleh Zahid tiada kaitan PRN – PM Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengumuman peruntukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  kepada Majlis Belia Terengganu dan kelab bermotosikal di negeri itu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Anwar, kerajaan perlu terus berfungsi walaupun pada masa sama akan berlangsung PRN di enam negeri tidak lama lagi.

“Saya Perdana Menteri yang jaga negara semuanya, kalau penting kita umum” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023, lapor Utusan.

Terdahulu, dalam ucapan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, meluluskan RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu, selain RM200,000 bagi kelab bermotosikal di negeri itu.

Pengumuman sehari sebelum penamaan calon PRN itu, dipersoalkan pelbagai pihak memandangkan ia diberikan ketika menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Pengumuman tersebut mendapat reaksi negatif pelbagai pihak termasuk 19 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Pas dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Pengumuman Ahmad Zahid tersebut didakwa mempunyai unsur ‘sogokan’ dalam ceramah politiknya di Terengganu pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau sudah mengeluarkan arahan untuk tidak menggunakan jentera kerajaan negeri khususnya untuk berkempen mulai hari penamaan calon.

“Dari hari penamaan calon sehingga hari mengundi tak boleh menggunakan dana awam atau projek kerajaan untuk berkempen. Itu jelas.

“Ia adalah keputusan Jemaah Menteri namun (pada masa sama) tidak menghalang kerja-kerja kerajaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat