RM8 bilion subsidi elektrik, diesel diselamatkan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan ketika ini dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan dalam tempoh setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelarasan tarif elektrik yang diperkenalkan tahun lalu berjaya menyelamatkan kira-kira RM4.5 bilion duit kerajaan, manakala RM4 bilion melalui penyasaran subsidi diesel.

“Selama ini RM8 bilion subsidi kita bayar kepada orang maha kaya dan orang asing, …saya sebut ini kerana ini dijadikan isu politik sesetengah pihak. Apa erti subsidi diberi kepada orang asing dan maha kaya,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024, di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di Penampang, Sabah pada Jumaat lapor BH.

Perdana Menteri juga menekankan bahawa pengecualian Sabah dan Sarawak daripada penyasaran subsidi diesel bukan disebabkan permintaan kerajaan kedua-dua negeri tetapi berdasarkan keperluan rakyatnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat