Duhai Hati taruhan Zazo

- Advertisement -

PENYANYI Zazo Maulana atau nama sebenarnya Siti Zaleha Zolkeply muncul dengan single keduanya bersama Alternate Records & Talents iaitu Duhai Hati.

Lagu unik ini adalah hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh manakala liriknya oleh Ikhwan Fatanna dan Arisz Ab Rahman.

Lagu Duhai Hati ini adalah berkisarkan mengenai perasaan cinta yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata. Lagu ini dilihat sesuai menjadi lagu runut atau OST kepada drama terbaharu di slot Samarinda TV3 iaitu Aku Bukan Isteri Bidaan yang dilakonkan oleh Scha Elinnea, Hisyam Hamid, Wanns Ahmad, Ellyas Abdullah dan ramai lagi. Drama berkenaan mula ditayangkan pada 16 Mei lalu.

“Saya amat berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menyanyikan lagu OST. Lagu Duhai Hati ini sebenarnya tidak mudah untuk dibawakan, tapi saya sahut cabaran untuk menyanyikan lagu ini.

“Saya harapkan supaya pendengar dan orang yang baharu mengenali saya dapat menerima lagu ini dan terus memberikan sokongan penuh kepada saya untuk lebih melangkah lebih jauh,” katanya.

 

 

Zazo Maulana bukan pendatang baharu dalam industri muzik tanah air kerana sebelum ini beliau pernah menerbitkan beberapa lagu bersama komposer terkenal tanah air seperti Tam Mustafah dan berduet dengan beliau sekitar 2020.

Minat mendalam dalam bidang seni membuatkan Zazo Maulana sanggup ‘busking’ bersama gitarnya di tepi jalan hingga luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Australia.

Bakatnya semakin terserlah apabila beliau berjaya menjadi juara dalam program realiti Lagu Cinta Kita musim ke-3 bersama pasangannya Syafeek Ikhwan.

Zazo Maulana penyanyi versatil yang memiliki vokal ‘range’ yang sangat hebat ini bukan sahaja boleh menyanyi, tetapi juga beliau boleh bermain alatan muzik seperti gitar dan piano. Lebih menarik, beliau juga adalah guru muzik untuk kanak-kanak.

Single Duhai Hati nyanyian Zazo Maulana, edaran Alternate Records & Talents kini boleh didengari di semua saluran digital.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat