Penyanyi tiada vokal tak semestinya ‘perosak’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, 50, tidak setuju penyanyi yang tidak memiliki vokal hebat mampu jadi ‘perosak’ industri hiburan.

Menurutnya, industri hiburan tidak perlu dikekang dan hakikatnya penyanyi seperti usahawan selebriti berjaya membuktikan lagu mereka ditonton jutaan orang meskipun nyanyian ditampilkan kurang baik.

“Sebagai pengamal industri muzik, saya dapati ada yang boleh menyanyi di kelab, tapi takkan mampu jadi artis rakaman. Ada yang tak boleh nyanyi tapi sebab konsep dan promosi, boleh jadi bintang ternama.

“Bahkan, usahawan selebriti misalnya yang buat rakaman lagu mereka boleh mencecah jumlah tontonan sejuta dalam sehari di YouTube. Artis lain pun susah cecah tontonan sejuta dalam sehari.

“Itulah hiburan. Kita tidak boleh kekang apa yang orang suka. Kalau orang suka muzik video lagu tertentu, semua terpulang kepada penonton itu sendiri dan mereka pun nak tengok kelainan,” katanya.

Norman sendiri mengakui ia terbukti menerusi penerimaan terhadap lagu yang pernah dihasilkan syarikatnya untuk usahawan Datuk Seri Vida (DSV) dan Datuk Seri Aliff Syukri.

“Lagu yang kami buat untuk mereka mendapat berbelas juta dan tular sampai ke luar negara. Padahal awalnya, cuma video lirik saja tapi ia lebih tular berbanding muzik video rasminya.

“Orang bercakap mengenai video lirik itu. Meskipun, ia cuma video ringkas tapi orang sukakannya. Samalah macam lagu Gangnam Style dan Pen Pineapple Apple Pen, orang terhibur,” katanya.

Terdahulu, Norman ditemui pada acara memperkenalkan artis artis baharu KRU Music, Timur. Timur turut melancarkan lagu sulungnya berjudul Not A Criminal.

Sebelum ini, KRU Music pernah menghasilkan beberapa lagu untuk Aliff Syukri termasuk Biar Apa Orang Kata pada 2018. Lagu I Am Me nyanyian DSV turut dihasilkan mereka.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat