3000 Peluang Pekerjaan Bakal Tersedia Melalui MoU Bersama Allience Stell Di Pahang : Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak 3000 peluang pekerjaan bakal tersedia melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kerajaan Negeri Pahang dengan Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB) bagi projek fasa kedua pembesaran kilang.

Jelasnya, Projek pembesaran kilang pada fasa kedua ini melibatkan kawasan seluas 101.2 hektar di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dengan nilai pelaburan sebanyak RM5 billion.

Ujarnya, projek fasa kedua ini membabitkan pembesaran kilang dengan dilengkapi teknologi tinggi dan moden serta gudang bahan mentah dan  projek ini bakal memberi impak ekonomi kepada Negeri Pahang apabila projek ini siap nanti.

“Projek pembesaran kilang pada fasa kedua ini melibatkan kawasan seluas 101.2 hektar di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dengan nilai pelaburan sebanyak RM5 billion.

“Selain memberi impak yang baik kepada ekonomi Pahang, projek ini turut memberi manfaat kepada 3,000 rakyatnya melalui peluang pekerjaan yang tersedia setelah siapnya projek ini nanti.

“Kerajaan Negeri Pahang terus komited dalam menyediakan persekitaran yang kondusif serta kestabilan politik yang meyakinkan bagi menarik minat pelabur untuk terus mengembangkan pelaburan di negeri ini.” kata Wan Rosdy pada majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kerajaan Negeri Pahang dengan Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB), di Wisma Negeri, di sini, pada Khamis.

Pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak mewakili kerajaan negeri manakala ASSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Steve Hu Jiulin.

ASSB adalah pelabur pertama di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Gebeng dan juga kilang keluli pertama di Asia Tenggara yang mengadaptasi teknologi proses lengkap dalam pembuatan dan pengeluaran besi dan keluli.

Ia dijangka dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran produk besi dan keluli yang juga antara produk perdagangan eksport utama Pahang, daripada 3.5 juta tan kepada 10 juta tan setahun dengan penambahan produk plat keluli.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa berusaha sehabis baik bagi memastikan negeri ini dapat dibangunkan dan dimajukan secara menyeluruh serta seimbang demi kesejahteraan dan manfaat rakyatnya, ujar beliau.-SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat