Polis siasat Neelofa, PU Riz ‘bulan madu’ di Langkawi

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pasangan pengantin baharu, Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz yang kini didakwa sedang berbulan madu di Pulau Langkawi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mengikut laporan media berdasarkan gambar yang tersebar Neelofa dan PU Riz dipercayai berada di pulau peranginan berkenaan.

“Kita akan siasat perkara ini sama ada benar atau tidak.

“Sekiranya didapati berbulan madu di pulau peranginan terbabit seperti dilaporkan, mereka jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Polis akan menjalankan siasatan,” katanya.

Ini kerana katanya, Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang diumumkan kerajaan hanya membenarkan pelancong merentas negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

“Pelancong juga perlu membuat tempahan menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa sejak 10 Mac lalu dan pergerakan perlu menggunakan kenderaan pelancongan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah. - NSTP/Aizuddin Saad
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah. – NSTP/Aizuddin Saad

 

Semalam, pasangan kontroversi itu sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, tular.

Menerusi gambar tersebar, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu.

Selain itu, Mohamad Zainal juga mengesahkan pengurus majlis perkahwinan dan pembantu peribadi Neelofa hadir memberi keterangan kepada polis, hari ini.

Mengulas ketiadaan Neelofa dan PU Riz yang sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung siasatan majlis perkahwinan yang didakwa melanggar SOP, Mohamad Zainal berkata, pasangan itu akan tetap dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kami tetap akan memanggil Neelofa dan PU Riz dalam masa terdekat ini,” katanya.

 

Gambar Neelofa dan suami, PU Riz dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke Pulau Langkawi.
Gambar Neelofa dan suami, PU Riz dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke Pulau Langkawi.

 

Terdahulu, Pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz yang juga pengurus majlis perkahwinan disoal siasat selama dua jam, hari ini.

Bagaimanapun, Faiz enggan mengulas siasatan dijalankan berhubung majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang didakwa melanggar SOP di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

“Keterangan semua okay. Tiada apa nak cakap,” katanya yang kelihatan meninggalkan IPD Dang Wangi kira-kira jam 1.40 petang.

Sementara itu, pembantu peribadi, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin yang ditemani peguam tidak memberikan sepatah kata dan berlalu tanpa menghiraukan media. Nadiah dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi pada jam 2 petang.

Berita Harian

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Ejen Ali The Movie ke Brazil

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021,...

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan...

Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV). Ramlah berkata, dia bukan menolak...