Polis Johor Tidak Akan Beri Layanan Istimewa Kepada Sesiapa – Ayob Khan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Polis Johor tidak akan memberi layanan istimewa kepada mana-mana pihak dan sebarang siasatan yang dijalankan adalah secara telus.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata demikian sebagai respons mengenai surat peguam kepada Long Tiger dari Tetuan Hariz, Syakinah & Co. untuk bertemu dengannya yang telah tersebar.

“Saya mengambil maklum berkenaan surat permohonan tersebut, namun disebabkan kes Long Tiger masih dalam perbicaraan mahkamah, dikhuatiri perkara ini akan mengganggu dan mempengaruhi proses perbicaraan.

“Atas faktor kekangan masa dan perlu memberi perhatian khusus kepada kes-kes yang lebih serius, maka saya terpaksa menolak permohonan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook ‘Long Tiger Fan’ di mana peguam bela kepada Long Tiger menyatakan surat daripada pihaknya untuk bertemu Ayob Khan telah tersebar.

Ayob Khan menegaskan kebocoran maklumat tersebut bukanlah datang daripada pihak polis.

“Katanya, hasil semakan mendapati surat yang tersebar keluar sebagaimana yang didakwa peguam menerusi siaran langsung Facebooknya (FB) tidak pernah berlaku, yang pastinya bukan daripada pihak polis.

“Bersabit kes yang dilaporkan, polis Johor bertindak secara profesional dengan melayan dan menyiasat semua sembilan aduan yang dibuat oleh Long Tiger dan isterinya, malah ada di antara kes itu sudah dituduh serta dijatuhkan hukuman,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengingatkan bahawa isu itu tidak akan berakhir selagi pihak berkaitan masih tidak berhenti tuduh-menuduh antara satu sama lain dalam media sosial masing-masing.

Pada Mei tahun lalu, Long Tiger ditahan polis setelah menerima beberapa lagi laporan daripada orang awam berhubung kesalahan lampau lelaki Rohingya itu termasuk laporan dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Lelaki Rohingya yang mencetuskan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook itu juga pernah dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak, dekat sini Mei tahun lalu atas dakwaan pemerasan.

Bagaimanapun, lelaki yang berusia 34 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang individu kira-kira pukul 4 petang, pada awal Oktober 2019. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat