PRS Harap PPBM Tunai Janji, Tidak Berdolak Dalik

- Advertisement -

KUCHING – Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing berharap PPBM akan mengotakan janji untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum di Sarawak.

Katanya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah negeri sudah pun diberikan jaminan ketika mengadakan pertemuan bersama pemimpin PPBM tahun lepas.

“Kami diberi jaminan bahawa PPBM tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana pilihan raya di Sarawak, jadi kita harap mereka akan pegang janji mereka. Janji tetap janji. Tidak ada sesiapa pun yang patut mungkiri janji dalam memudahkan urusan politik mereka,” katanya kepada FMT.

“Jika PPBM berdolak dalik dengan janji mereka, maka kami tiada pilihan,” katanya sambil memberi bayangan GPS akan menentang PPBM dalam mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak.

“Bila ia membabitkan kepentingan Sarawak, ia bukan perkara yang boleh dibawa berbincang,” jelasnya.

GPS dibentuk melalui gabungan empat parti tempatan Sarawak – PRS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) – selepas mereka keluar daripada Barisan Nasional selepas pilihan raya umum lalu untuk berdiri sendiri dan berjuang untuk hak autonomi yang digariskan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Masing, yang juga timbalan ketua menteri berkata, bahkan Umno mengotakan janjinya untuk tidak bertanding di Sarawak meskipun sebelum ini dia adalah parti yang kuat,

Dia mengulas kenyataan veteran Umno Shahrir Samad dalam hantarannya di media sosial bahawa Umno tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak kerana menghormati bekas rakan sepejuangan dalam BN, yang kini bernaung di bawah GPS.

“Ia bukan kerana (pembahagian) kerusi tetapi kerana hormat, ” tulis Shahrir.

Dalam hantarannya itu Shahrir berkata, “Kita tunggu (dan lihat sama ada PPBM akan bertanding di Sarawak) kerana PN sudah pun bertapak di Sarawak dengan Ahli Parlimen negeri itu menyertai PN.

Shahrir merujuk kepada Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin and dah Ahli Parlimen Saratok Ali Biju, yang keluar PKR dan menyertai PPBM.

PPBM kata Shahrir, juga pernah berjanji untuk tidak melebarkan sayapnya ke Sabah.

“Tetapi Kesudahannya, PPBM bertanding dalam PRN Sabah dan tubuh kerajaan negeri GRS. PPBM pegang jawatan Ketua Menteri Sabah,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat