Penyingkiran Malaysia Daripada Senarai FTSE Russel Cermin Inisiatif BNM – FMAM

KUALA LUMPUR: Penyingkiran Malaysia daripada Senarai Pemerhatian FTSE Russell ke atas kebolehcapaian pasaran, mencerminkan pengiktirafan ke atas kejayaan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak dua tahun lepas, kata Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (FMAM).

Menurut persatuan itu, inisiatif secara komprehensif itu merangkumi lima sesi keterlibatan pelabur global (pameran Tokyo pada Ogos 2019 dan empat webinar global) oleh BNM dan Kementerian Kewangan termasuk mengemas kini pematuhan, pengawalseliaan serta keperluan operasi untuk peserta tempatan dan luar negara.

“Inisiatif lain membabitkan penyatuan terbitan bon kerajaan, peningkatan pasaran repo dan rangka kerja perlindungan nilai dinamik, opsyen bagi penyampaian fizikal niaga hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), dan liberalisasi swap kadar faedah (IRS).

“Kesemua ini telah menyumbang kepada pasaran bon kerajaan Malaysia yang lebih berdaya tahan, cergas dan cekap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jangkauan global pembuat pasaran utama dan pejabat luar negara yang ditauliahkan sebagai lanjutan daripada pasaran pesisir pantai Kuala Lumpur telah menghasilkan maklum balas positif dan sambutan daripada pihak berkepentingan bukan pemastautin syarikat multinasional serta pelabur global, kerana kedua-duanya menyediakan akses pengewangan pasaran dan tepat pada masanya kepada pertukaran asing ringgit termasuk instrumen pendapatan tetap pada sepanjang masa.

“FMAM akan terus menyelaras pelbagai institusi kewangan untuk matlamat bersama dalam membangunkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan”, kata persatuan itu.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Malaysia berikutan keputusan FTSE Russell bagi melupuskan Malaysia daripada senarai pemerhatian dan mengekalkan kedudukan negara dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE (WGBI), persatuan itu berkata pengumuman serentak penyertaan China serta ulasan bagi kemasukan pasaran lain merupakan peringatan bahawa tidak ada ruang untuk berasa selesa dan Malaysia perlu terus meningkat termasuk berusaha secara progresif.

“FMAM akan menambah usaha untuk mengembangkan pasaran kewangan Malaysia, sementara kami bersaing sengit antara satu sama lain, kami bersatu dalam matlamat bersama bagi mengembangkan saiz dan kepentingan pasaran kewangan Malaysia.

“Keseimbangan ini telah membuahkan hasil positif setakat ini dan kami akan memperhebatkan usaha kami dari sini,” kata Presiden FMAM, Chu Kok Wei.

Dalam Pengumuman Klasifikasi Negara Pendapatan Tetap FTSE bagi Mac 2021 yang dikeluarkan Isnin lepas, , FTSE Russell mengumumkan bahawa Malaysia akan dinyahkan daripada Senarai Pemerhatian FTSE Russell untuk potensi klasifikasi semula tahap kebolehcapaian pasarannya dari “2” kepada “1” dan akan mengekalkan keanggotaannya dalam FTSE WGBI.

FTSE Russell memuji BNM ke atas inisiatif yang dilaksanakan sebelum ini sebagai langkah menangani kebimbangan pelabur asing apabila mengakses pasaran bon kerajaan Malaysia.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Malaysia Sasar Muncul Lima Teratas Dunia Dalam Industri Acara Perniagaan

KUALA LUMPUR: Malaysia berusaha untuk menjadikan industri acara perniagaan berada pada kedudukan lima teratas dunia dalam tempoh 10 tahun sebagaimana digariskan dalam Pelan Pemasaran Strategik...

Celcom-Digi mesti untungkan semua- Tok Mat

KUALA LUMPUR Celcom Digi Bhd (Celcom Digi), entiti yang terbentuk menerusi penggabungan operasi telekomunikasi Axiata Group Bhd dan Telenor ASA di Malaysia bakal menjadi...

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan selama dua hari berturut-turut pagi ini, selepas aktiviti belian saham pada harga rendah dalam pasaran tempatan. Pada...