Kerja Alih, Sambung Paip Baharu Siap Sepenuhnya – Air Selangor

SHAH ALAM: Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam siap dilaksanakan pada jam 11.30 malam Selasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan di Facebook pada Selasa berkata, berlaku kelewatan selama dua jam setengah berbanding tempoh yang dijadualkan pada jam 9 malam Selasa.

Menurut kenyataan itu, kelewatan itu tidak dapat dielakkan disebabkan proses pengeringan air di dalam paip sedia ada mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

“Proses ini penting bagi memastikan keselamatan petugas-petugas dan kontraktor Air Selangor terjamin semasa kerja-kerja kimpalan paip baharu dilakukan,” kata kenyataan terbabit.

Kenyataan itu memberitahu, bekalan air juga telah mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 11:35 malam Selasa dengan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada permintaan bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan,” katanya.

Justeru, katanya, Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi rasmi.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip berkenaan telah dimulakan pada pagi Selasa.

Ketua Komunikasi Korporat, Air Selangor, Elena Basri berkata, kerja-kerja itu mengikut jadual seperti yang diumumkan pada 24 Mac lalu.

– Astro Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Ditemui Maut Gantung Diri – Polis

KULAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan menggantung diri di kediaman keluarganya di Flat Temenggong, di sini petang semalam. Ketua...

PKPD Di Empat Kawasan Di Sabah, Kelantan dan Pahang Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul...

Jangkitan Meningkat, 2,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,551 kes baharu penularan virus Covid-19, hari ini, menjadikan kes kumulatif 370,528. Ketua Pengarah Kesihatan Tan...