Lelaki Maut Digilis Treler Di Persimpangan Lampu Isyarat

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditungganginya dirempuh sebuah treler di Jalan Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.

Dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Paya Bemban, Kota Bharu sekitar jam 12 tengah hari itu, mangsa Lu Tong Kiat, 53, meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dada dan belakang badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di kiri cuba memotong treler untuk membelok ke kanan menghala ke arah Taman Maju

“Mangsa berada di kawasan titik buta kenderaan berat berkenaan yang menyebabkan pemandunya tidak menyedari kehadirannya,” katanya ketika dihubungi.

Pemandu treler berusia 43 tahun itu meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau dan tidak menyedari kehadiran mangsa.

“Pada masa sama, mangsa yang berada di bahagian kiri kenderaan berat itu cuba memotong untuk membelok ke kanan, namun bergesel dengan treler serta jatuh,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ II) untuk bedah siasat, manakala pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– Astro Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...

Jangkitan Baru Covid-19 Di Kelantan Atasi Selangor, Sarawak

PUTRAJAYA - Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 iaitu 2,875 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,541 kes. Sebanyak 13 kluster...