Kartel PDRM: Segerakan RUU IPCC, Jangan Tangguh – Suhakam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan segera dan tidak lagi menangguhkan penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Ia selepas badan itu menzahirkan kebimbangan susulan kenyataan Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis.

“(RUU IPCC) merangkumi intipati RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 serta syor-syor Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2005.

“Penubuhan badan bebas ini akan terus meningkatkan rasa kebertanggungjawaban dan akauntabiliti dalam kalangan polis, menyediakan perlindungan daripada salah laku dan salah guna kuasa serta mengembalikan keyakinan dan penghormatan rakyat kepada agensi penguatkuasaan,” menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan semalam.

Jelas badan itu, kebimbangan sama termasuk terhadap dakwaan wujudnya kartel dalam PDRM yang berniat untuk menguasai pasukan polis atas kepentingan peribadi.

“Amalan tidak amanah, tidak beretika dan tidak mematuhi undang-undang akan membawa kesan negatif terhadap kebebasan asasi masyarakat Malaysia secara amnya

“Suhakam memuji keberanian KPN mendedahkan salah laku serius tersebut yang memerlukan penyiasatan segera bagi memastikan sama ada wujud kebenaran di sebalik dakwaan ini.

“Sekiranya ia benar, tindakan yang tegas perlu diambil bagi menghentikan amalan sebegini dalam kalangan pasukan polis,” mengulas lanjut.

Justeru, badan itu menegaskan proses semakan oleh mekanisme pengawasan bebas dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang telus dan bebas daripada penglibatan politik dalam apa jua bentuk amat penting bagi memerangi isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pasukan polis.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat