Bikin ‘gig’ maya lagi

- Advertisement -

ACAB dikenali sebagai kumpulan skinhead, Oi! Malaysia yang terawal dan ditubuhkan pada penghujung 1994.

Mereka mencipta jenama, gaya dan genre tersendiri yang dikenali sebagai Eastern Oi, manakala lagu mereka berjudul Skinhead 4life sudah tersebar ke seluruh dunia sehingga dimainkan beberapa kumpulan dari pelbagai negara Eropah dan Amerika Latin.

Tidak ketinggalan lagu ini pernah dianugerahkan sebagai Lagu Inggeris Paling Banyak Dimainkan oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) pada 2008.

Situasi pandemik Covid-19 sejak tahun lalu dan masih berlarutan sehingga hari ini menimbulkan gangguan kepada pemuzik dan penggiat seni nyanyian untuk menganjurkan konsert atau persembahan.

Sebagai langkah mengatasi masalah ini, pihak pengurusan ACAB bekerjasama dengan ANZ Records yang berpusat di Bayan Lepas, Pulau Pinang menerusi penganjuran Online Gig 1312 pada 13 Disember tahun lalu.

Kumpulan yang dianggotai Major Max atau nama sebenarnya Megat Hafiz (penyanyi dan gitar), Eddy J (gitar), Anas (bass) dan Zul (dram) ini mengakui terkejut dengan reaksi dan sokongan hebat daripada peminat.

 

AKAN tampil membawakan lagu daripada album Bangun Dan Orang Timur dalam
AKAN tampil membawakan lagu daripada album Bangun Dan Orang Timur dalam

 

“Atas permintaan mereka yang tidak putus-putus meminta diadakan lagi konsert begini, maka pihak pengurusan ACAB serta ANZ Records sekali lagi menganjurkan Online Gig Bangun Orang Timur pada 10 April depan.

“Menerusi gig ini kami akan membawakan lagu daripada album Bangun dan Orang Timur di mana kedua-dua album ini tidak pernah dibawakan secara live oleh ACAB sendiri.

“Gig ini akan berlangsung di sebuah studio di Bayan Lepas dan harga tiket yang dikenakan ialah RM40,” kata Megat.

Selain persembahan, sesi cabutan bertuah akan turut diadakan di mana penonton berpeluang memenangi hadiah gitar Les Paul Epiphone, gitar SG Epiphone, ‘heaadphone’ dan barangan peribadi ACAB.

Dua gitar itu juga ditandatangani ahli kumpulan ACAB bagi menghargai sokongan peminat terhadap mereka.

Maklumat lanjut berkaitan Gig Alam Maya Bangun Orang Timur ini boleh didapati menerusi Instagram rasmi acab.my dan Facebook Megat Hafiz Mohammad serta Page ANZ Records.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat