Elite kembali

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Sempena ulang tahun ke-25, kumpulan Elite yang dianggotai Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Watie dan Sasha kembali bergabung menerusi single terbaharu berjudul Alhamdulillah.

Abby berkata, selepas hampir 20 tahun tidak bersatu dalam mana-mana acara, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk kembali bekerjasama.

“Saya anggota paling awal mengundur diri. Jadi, jika dihitung hampir 20 tahun anggota asal kumpulan Elite tidak bersatu. Selalunya pasti ada ahli yang tidak lengkap.

“Memang agak teruja untuk kembali beraksi bersama selepas sekian lama merancang. Penyatuan semula Elite adalah masa tepat yang Tuhan sudah susun untuk kami.

“Kami semua bersetuju untuk muncul dengan single terbaharu ini kerana konsep Islamik dan mesej yang baik dalam lagu ini.

“Sesuai dengan ketibaan Ramadan tidak lama lagi, kami berharap dapat menyebarkan perkara-perkara positif kepada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula Elite,” katanya.

Watie berkata, walaupun muncul dengan lagu kerohanian, namun identiti Elite masih dikekalkan dalam lagu ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan itu.

“Identiti setiap lagu Elite adalah rap, jadi dalam lagu Alhamdulillah ini kami masih mengekalkan konsep sama.

“Sudah lama tidak menyanyi dan masuk ke studio rakaman, agak mencabar untuk kami semua. Namun, proses rakaman dan rakaman video muzik berjalan dengan pantas. Harap peminat akan menyukai lagu terbaharu kami,” katanya.

Lagu Alhamdulillah adalah buah tangan Imaan Music iaitu label Islamik di bawah KRU Music dan bakal dilancarkan pada 19 April depan di semua platform digital.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat