1,482 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,482 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan pada 31 Mac menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 345,500 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 661 kes diikuti Pulau Pinang (200) dan Sarawak (176).

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 661 kes (44.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 565 kes (85.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 200 kes (13.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 176 kes (11.9 peratus),” katanya dalam kenyataan harian berkaitan kes COVID-19 pada Rabu.

Daripada 1,482 kes baharu, sebanyak 1,480 merupakan kes tempatan dan dua lagi adalah kes import.

Katanya, seramai 164 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,070 kes menjadikan jumlah kumutaltif sebanyak 329,624 kes.
Terdapat tujuh lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,272 kes.

“Terdapat tujuh kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, serta masing-masing satu kes di Johor, Sarawak, dan Sabah.

“Sebanyak lima kes kematian melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara,” katanya lagi. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat