Menteri UMNO akur titah Agong utamakan komuniti, majoriti pegang jawatan penting dalam Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri-menteri dari blok UMNO memilih untuk akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menekankan kepada pemerkasan komuniti yang menyaksikan pembabitan seluruh lapisan masyarakat dan pemimpin komuniti dalam mengurang serta mencegah jangkitan Covid-19.

Hal demikian, Menteri Kesihatan merangkap Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pimpinan UMNO yang menggalas tanggungjawab dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) akan terus memegang posisi mereka dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Bersatu.

Adham mengakui tugas dan tanggungjawab kebanyakan menteri-menteri UMNO dalam kerajaan PN sangat penting dalam usaha negara menangani wabak Covid-19 dan pemulihan ekonomi pasca pandemik.

“Saya sebagai Menteri Kesihatan dan juga pimpinan UMNO lain dalam Kabinet Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin mempunyai tugasan yang besar, jadi kita pilih utamakan portfolio kita lebih dari segala-galanya iaitu memastikan bahawa pengurusan negara dalam menangani wabak Covid-19 dan juga pemulihan ekonomi.

“Untuk itu kekal kita dalam Kabinet dan juga kerajaan untuk membantu negara dan ia perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

“… Dan menteri-menteri daripada UMNO sebenarnya bertekad untuk bersama-sama dengan kerajaan sekarang ini memastikan semua yang telah pun kita gariskan untuk laksana dilaksanakan dengan baik,” ujar Adham.

Beliau menjelaskan keputusan untuk kekal dalam kerajaan PN sehingga PRU-15 adalah konsensus yang telah dicapai sebelum ini dan ia tidak ingkar arahan parti.

“Ada usul yang dibentang dan diputuskan seperti semua tahu, perkara ini diputuskan hanya untuk berhadapan dengan PRU15 sahaja, sebelum itu kita masih lagi untuk bersama untuk memastikan tanggungjawab yang diberikan.

“Terutama sekali pada menteri UMNO seperti Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menguruskan kebanyakan isu keselamatan, saya sebagai Menteri Kesihatan yang menguruskan kes-kes menangani hal ehwal pandemik Covid-19 dan juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam memainkan peranan penting dalam program vaksinasi dan mentetri-menteri lain yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan perpaduan dalam melaskanaskan agenda nasional.

“Sangat penting dan perlu diberikan keutamaan ialah juga titah Agong supaya kita memperkasakan komuniti, jadi kita akan ‘look forward’ untuk melaksanakan tanggungjawab,” jelas Adham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat