Jalan Hang Tuah mesti dibangunkan konsep Melayu! – Akmal bantah DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kawasan Jalan Hang Tuah di Melaka mesti dibangunkan berteraskan konsep budaya Melayu.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh sekali gus tidak bersetuju dengan cadangan dikemukakan DAP Melaka yang akan tetap meneruskan cadangan untuk mewujudkan pasar malam berkonsepkan Jonker Walk di Hang Tuah Mall.

“Di Melaka ni dah ada Little india di Jalan Bendahara, Chinatown di Jonker Walk.

“Jadi lebih baik kita bangunkan kawasan Jalan Hang Tuah dengan konsep budaya Melayu lebih utama dan elok, dengan slogan 1 Malaysia.

“(Apa) yang penting peniaga dan rakyat Melaka dapat rasai pembangunan ekonomi negeri,” katanya.

Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka bagaimanpun menghargai usaha DAP Melaka untuk membangunkan kawasan Jalan Hang Tuah berkenaan.

“Terima kasih atas cadangan untuk membangunkan kawasan Jalan Hang Tuah itu.

“Tetapi keutamaan konsep untuk dibangunkan kawasan Jalan Hang Tuah itu mesti berteraskan konsep budaya Melayu, noktah,” tegas Akmal.

Terdahulu, DAP Melaka akan tetap meneruskan cadangan untuk mewujudkan pasar malam berkonsepkan Jonker Walk di Hang Tuah Mall biar pun mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Setiausaha Organisasinya Low Chee Leong berkata, pasar malam seperti Jonker Walk atau Jonker Walk 2.0 itu bagaimanapun bukannya menggunakan nama terbabit, malah peniaga juga terdiri daripada pelbagai kaum dan bukanlah didominasi kaum Cina sahaja.

“Saya cadangkan konsep atau jenama Jonker Walk 2.0 sahaja di bawa ke Jalan Hang Tuah untuk merancakkan ekonomi bukannya mahu tukar nama atau tutup jalan ini daripada nama asalnya.

“Tiada isu perkauman kerana perniagaan terbuka kepada semua peniaga yang berdaya saing sama ada Melayu, Cina atau India jadi pihak tertentu janganlah putar belitkan cadangan saya untuk bawa pembangunan ke kawasan ini,” katanya.

Mengulas lanjut Chee Leong berkata, cadangan mewujudkan Jonker Walk 2.0 itu adalah susulan kejayaan Jonker Walk di Jalan Hang Jebat di sini sejak 25 tahun dulu sehingga terkenal di seluruh dunia.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat