Hukuman penjara Najib dikurangkan 12 kepada 6 tahun? – laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana rasuah telah dikurangkan daripada 12 kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan berikutan mesyuaratnya pada Isnin (29 Januari).

Memetik laporan CNA, sumber memaklumkan keputusan itu diputuskan oleh Raja-raja Melayu.

Pengurangan separuh daripada hukuman penjara itu termasuk pengurangan denda RM210 juta (AS$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak dimaklumkan, menurut tiga sumber berasingan yang bercakap kepada CNA dengan syarat kerahsiaan yang ketat.

Pengampunan diraja atas peranannya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat selepas menjalani hukuman penjara kurang dua tahun.

Pengurangan itu bermakna Najib dijangka menyelesaikan hukumannya pada Ogos 2028. Tetapi dengan parol untuk berkelakuan baik, dia boleh keluar pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara baharu.

Terdapat spekulasi hangat mengenai pengampunan itu selepas Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengesahkan pada Selasa bahawa ahli lembaga termasuk dirinya telah bertemu pada hari Isnin. Beliau berkata pengumuman rasmi oleh Lembaga Pengampunan akan dibuat.

Pertemuan itu adalah antara tugas rasmi terakhir Sultan Abdullah Ri’ayatuddin sebelum baginda berundur sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari dan menyerahkan peranan itu kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di bawah sistem penggiliran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat