Kapal dagang tenggelam di Vietnam, rakyat Malaysia selamat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian kapal dagang tenggelam di kawasan perairan Pulau Con Dao di Vietnam semalam, dilaporkan selamat.

Wisma Putra melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan, mangsa yang juga anak kapal terbabit sudah diberikan rawatan lanjut oleh pihak berkuasa Pulau Con Dao.

“Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” katanya.

Wisma Putra berkata warga Malaysia itu adalah kru kepada dagang milik Malaysia iaitu SAMUDRA INDAH II yang tenggelam di kedudukan 90 batu nautika dari bandar Vung Tau di wilayah Ba Ria-Vung Tau di kawasan perairan Pulau Con Dao.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City di No109 Nguyen Van Huong Thao Dien Ward, Thu Duc City Ho Chi Minh City, Republik Sosialis Vietnam.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian +84 (0) 28-3829 9023 atau +84 (0) 76 564 9660 (untuk kecemasan) atau melalui emel [email protected],” katanya.

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

(Gambar hiasan)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat