Bekas PM Pakistan, isteri dipenjara 14 tahun

- Advertisement -

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan isterinya dijatuhi hukuman penjara 14 tahun.

Hukuman penjara itu dijatuhkan selepas didapati bersalah melakukan rasuah dalam kes membabitkan hadiah yang diterimanya semasa mentadbir negara itu.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Imran dihukum penjara 10 tahun dalam kes berkaitan pembocoran rahsia negara, lapor AFP.

Ia juga diputuskan seminggu sebelum pilihan raya Pakistan berlangsung.

Tidak dijelaskan sama ada hukuman terhadap Imran akan dijalankan secara berturut-turut atau serentak susulan perbicaraan yang diadakan di dalam penjara, di mana dia ditahan sejak penangkapannya pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, isterinya, Bushra Bibi, telah ditahan reman sepanjang perbicaraan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat