Tindakan Presiden Singkir ‘Duri Dalam Daging’ Belum Tentu Diterima Akar Umbi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembersihan total Umno disifatkan sebagai satu tindakan ‘perlu’ yang diambil Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi menyingkirkan ‘duri dalam daging’.

Namun, sejauh mana penyingkiran itu mampu mengukuhkan semula parti atau meranapkan Umno bergantung kepada penerimaan akar umbi,” kata Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood .

“Tindakan itu dibuat demi kepentingan masa depan Umno terutamaya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang nampak sangat berpecah apabila wujudnya kelompok yang tidak menyokong Presiden Umno.

“Hal demikian Presiden perlu satu padukan semula Umno dengan ‘membuang penentang’ untuk pastikan Umno tidak terus berpecah,” katanya ketika dihubungi Suara.TV pada Selasa.

Nik Ahmad Kamal menegaskan tindakan drastik dibuat pucuk pimpinan Umno itu bertujuan penyatuan semula parti yang berlawanan arah sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, sama ada Umno menjadi lebih utuh atau tidak dengan tindakan pembersihan total itu bergantung kepada penerimaan keseluruhan akar umbi parti terhadap langkah berkenaan.

“Kuat atau tidak bergantung kepada keseluruhan akar umbi, sama ada mereka bersetuju atau menentang langkah pembersihan total yang diputuskan Presiden dan MKT itu.

“Kena lihat penerimaan atau penolakan daripada akar umbi. Akar umbi Umno ada beberapa peringkat iaitu bahagian, cawangan dan juga ahli-ahli biasa.

“Jika ketua bahagian dan ketua cawangan Umno boleh terima langkah pembersihan total itu mereka perlu kerja keras untuk yakinkan ahli-ahli biasa, sebab itu saya katakan ia memerlukan satu proses panjang,” ujar beliau.

Jelas Nik Ahmad Kamal lagi, tidak mudah untuk mendapatkan persetujuan semua kerana ia cuma keputusan MKT dan Presiden Umno.

“Mereka perlu kaji reaksi adakah akar umbi menerima atau membantah.

“Tengok dulu sampai Perhimpunan Agung Umno (PAU) akan datang,” katanya.

Jumaat lalu, mesyuarat MKT memutuskan pemecatan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar termasuk beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat