KPM tidak mahu insiden jeti roboh berulang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius terhadap insiden jeti roboh di Kampung Pababag, Semporna Sabah dan akan memastikan aspek keselamatan ditingkatkan dengan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan dan keadaan struktur jeti yang selamat digunakan.

Menterinya Fadhlina Sidek memberitahu, KPM juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh serta pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat untuk membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti sedia ada bagi memastikan agar kejadian seperti ini tidak berulang.

Selain itu katanya, usaha untuk memberikan bantuan sokongan psikososial terhadap guru dan murid yang menjadi mangsa akan terus digiatkan.

“KPM juga akan memohon pihak kerajaan tempatan untuk menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebaikan murid menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Susulan itu, KPM melalui PPD Semporna juga telah mengambil langkah dengan menyiasat punca kejadian dan menyediakan bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat.

Semalam berlaku insiden jeti roboh di Kampung Pababag, Semporna, Sabah yang melibatkan lebih kurang 25 murid sekolah termasuk murid tabika KEMAS dan dua orang guru Sekolah Kebangsaan Pulau Pababag pada pukul 6.45 pagi.

Laporan awal yang diperoleh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna mendapati insiden tersebut berlaku semasa murid sedang menaiki jeti di kampung untuk ke sekolah.

Akibat daripada runtuhan tersebut, dua orang murid cedera ringan manakala manga lain dilaporkan selamat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat