Servis Maybank tergendala sementara 31 Disember

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Maybank akan menjalankan penyelenggaraan bulanan terhadap sistem utama pada 31 Disember 2024.

Susulan itu, beberapa perkhidmatan yang melibatkan akses ke sistem terlibat akan tergendala buat sementara waktu di antara jam 11.30 malam hingga 11.59 malam pada tarikh berkenaan.

Perkhidmatan yang terlibat adalah Maybank2u, Aplikasi MAE & Aplikasi QRPayBiz, Pembayaran Dalam Talian FPX, Transaksi Kad Debit, Terminal Layan Diri (ATM) dan Deposit Tunai & Mesin Deposit Cek.

Ia juga dikatakan berlaku disebabkan penyelenggaraan sistem sebagai persediaan untuk kempen beli-belah bulanan 1.1 bagi tujuan memastikan tiada sebarang masalah yang tidak diingini berlaku sewaktu tempoh berkenaan.

Pihak Maybank memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku serta menghargai kerjasama ramai pihak dalam isu berkenaan.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan menghantar email ke [email protected].

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat