Khairil, bekas pegawai Hannah cuba alih tumpuan kes saman malu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kenyataan yang mengecam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau lebih spesifik Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Wira Mas Ermieyati yang dikeluarkan oleh Khairil Khalid bekas pegawai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh adalah percubaan untuk mengalih tumpuan daripada isu sebenar.

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, Khairil perlu sedar bahawa keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan saman malu terhadap Bekas Ketua Polis Negara bukan sahaja membuktikan  kenyataan ingin ‘mengkristiankan Malaysia’ bukan fitnah tetapi satu fakta yang dipetik daripada buku ‘Becoming Hannah’.

Menurutnya lagi, keputusan hakim tidak ada kaitan dengan Bersatu mahupun Ketua Srikandi Bersatu.

“Jelas disini bahawa mengkristiankan Malaysia adalah agenda Hannah Yeoh sebagai seorang ahli politik yang sekarang ini adalah anggota Jemaah Menteri seperti tertulis di dalam buku tersebut.

“Sebagai Parti Pribumi yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air tentunya isu ini adalah satu perkara yang akan ditentang habis- habisan.

“Tidak ada kompromi soal agama seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Perkara 3 Sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Jemaah Menteri Hannah telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia termasuk Islam adalah Agama Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Armada jelasnya memohon agar Polis Diraja Malaysia menyiasat agenda disebalik kenyataan Hannah yang telah diputuskan adalah bukan fitnah dan benar.

“Pihak Pendakwa Raya juga harus menunjukan keberanian mendakwa Ahli Jemaah Menteri dan bukan sahaja mendakwa pemimpin pembangkang.

“ARMADA juga mengesa Perdana Menteri memberhentikan khidmat Hannah sebagai Menteri sehingga kes ini selesai disiasat dan dibicarakan.

“Selepas kenyataan tersebut diputuskan sebagai bukan satu fitnah, Armada ingin bertanya kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke adakah ‘mengkristiankan Malaysia’ adalah agenda tersirat parti tersebut kerana Hannah tidak akan memperjuangkan satu perkara yang bertentangan dengan pendirian Parti,” katanya x

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat