Empat Ahli Geng Gopi Termasuk Ketua Berjaya Ditahan – Polis

- Advertisement -

KUALA LANGAT – Empat ahli Geng Gopi termasuk ketuanya ditahan polis selepas beberapa jam memecah masuk sebuah rumah di Batu 10, Telok Panglima Garang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata semua suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan secara berasingan di Shah Alam serta Klang.

Tiga suspek ditahan di sebuah premis kimpalan paip yang terbiar di Seksyen 36, Shah Alam manakala ketua kumpulan pula ditahan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang.

“Terdahulu pada Selasa, polis menerima laporan lelaki 51 tahun jam 4.30 petang yang mendakwa rumahnya dipecah masuk individu tidak dikenali dan beberapa barangan termasuk topi keledar, pasport, kunci kereta hilang.

“Hasil maklumat, polis menyerbu sebuah premis kimpalan paip yang sudah lama tidak beroperasi di Shah Alam dan menahan tiga suspek.

“Soal siasat kemudian membawa kepada penahan seorang lagi lelaki dipercayai ketua kumpulan berkenaan. Turut ditemui adalah pasport milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan mendapati ahli geng berkenaan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah manakala ketua kumpulan itu dikesan memiliki 21 rekod jenayah.

Kumpulan berkenaan dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dan dengan penangkapan empat suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah dan curi kenderaan di kawasan Telok Panglima Garang serta Klang. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat