ATM Siap Siaga Hadapi Kemungkinan Banjir Gelombang Kedua Di Kelantan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama asetnya di Kelantan kini dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata demikian selepas menghadiri taklimat ATM yang turut disertai Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, hari ini.

“Bersama Menteri Kanan Pertahanan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika diberi taklimat mengenai kesiapsiagaan anggota dan aset ATM negeri Kelantan dalam menghadapi kemungkinan banjir terutama di kawasan berisiko seperti Jeli, Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Mas.

“Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan ramalan hujan berterusan terutama amaran hujan lebat di jajahan Jeli yang boleh mengakibatkan banjir gelombang kedua,” katanya, dipetik dari kenyataannya di Facebook beliau.

Beliau turut menyeru kepada rakyat Kelantan terutama yang berada di kawasan berisiko untuk kekal berwaspada dan sentiasa menjaga keselamatan diri serta keluarga.

“Sama – sama kita mendoakan agar diberi keselamatan dan pelindungan oleh Allah SWT.,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin memberi jaminan ATM akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam menghadapi bencana tersebut.

“Terima kasih YAB Dato’ turut bersama pagi tadi. InsyaAllah, Angkatan Tentera Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan gelombang kedua banjir di Kelantan dapat ditangani sebaiknya. ATM akan bantu sedaya upaya,” katanya, dipetik dari coretannya di ruangan komen Facebook tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat