Merampas tiga negeri bukan mudah, tapi kita ada peluang – Muhyiddin Yassin

- Advertisement -

SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Perikatan Nasional (PN) mampu merampas tiga negeri iaitu Pahang, Perak dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), namun menyifatkannya ia bukanlah jalan mudah.

Menurut Muhyiddin keyakinan itu berdasarkan peningkatan sokongan rakyat kepada PN di ketiga-tiga negeri itu semakin bertambah.

“Di utara memang ya kita sudah bentuk kerajaan, di bawah kita ada empat negeri. Kini Pahang, Perak sudah lihat sokongan sudah bertambah.

“Selangor pula kita hanya kurang sikit sahaja undi, kalau tidak menteri besar ada dekat sini (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya dalam sidang akhbar selepas berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali ketujuh di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini pada Sabtu.

Hadir sama dalam sesi berkenaan, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Setiausaha Agung, Mohamed Azmin.

Muhyiddin bagaimanapun berkata, ia bukan perkara yang mudah memandangkan ada persaingan.

“Kita pembangkang, jadi sudah tahu. Kita kena bagi semangat kepada semua ahli. Oleh sebab itu, kita kena bekerja keras tapi tidak mustahil boleh berjaya. Saya faham ia sebagai satu cabaran,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat