Belanjawan Johor 2023 Akan Sedia Pelbagai Manfaat Kepada Rakyat – MB

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini memberi jaminan Belanjawan Johor 2023 akan menyediakan pelbagai insentif yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat negeri itu.

Memetik laporan Utusan, beliau berkata belanjawan itu akan dibentangkan dalam sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula pukul 9.30 pagi, esok.

“Insya-Allah pelbagai insentif menarik menanti Bangsa Johor. Sama-samalah kita doakan kelancaran pembentangan belanjawan kerajaan negeri ini, demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya.

Belanjawan Johor 2023 merupakan belanjawan pertama bagi Onn Hafiz selaku Menteri Besar Johor setelah mendapat mandat besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Mac lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat