Pemuda UMNO Serah Memorandum Gesa Kerajaan Henti Penjualan Aset Tabung Haji

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pemuda Umno menyerahkan memorandum kepada tiga menteri sebagai “usaha terakhir” menghentikan penjualan aset TH Plantation Berhad, ketika Laporan Suku Ketiga Tahun Kewangan 2020 syarikat itu mencatatkan keuntungan.

Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan menyenaraikan 4 alasan kenapa kerajaan perlu campurtangan menghentikan segala proses dan membatalkan keputusan pelupusan itu.

Antaranya, beliau menarik perhatian kepada harga minyak sawit mentah dan buah tandan segar sawit yang kini di paras tinggi, masing-masing purata melebihi RM3,000 setan dan RM700 setan.

Katanya lagi, Laporan Suku Ketiga Tahun Kewangan 2020 TH Plantations juga mencatatkan keuntungan sebanyak RM23.86 juta berbanding kerugian sebanyak RM40.01 juta dalam tempoh sama pada 2019.

Memorandum diserahkan perwakilan Pemuda diketuai Penolong Setiausaha Hasmuni Hassan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed, dan Zulkfli Mohamad Al-Bakri.

Sebelum ini, bekas presiden Umno, Najib Razak, tidak berpuas hati kerajaan belum membatalkan sebarang penjualan ladang TH Plantation yang ditandatangani pentadbiran lepas, proses yang dijangka selesai dalam masa 12 bulan lagi.

Lima bulan lepas di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary, pada 22 Julai berkata kerajaan “tidak menolak kemungkinan” untuk membatalkan penjualan aset TH Plantations kerana “banyak perkara berkaitan perlu diteliti semula”. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat