Azmin buat tuduhan palsu – Dr M

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa beliau merancang penunuhan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, ahli parlimen Langkawi itu mendakwa Azmin sebenarnya yang merancang penubuhan PN bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Azmin juga bercita-cita untuk menjadi PM (Perdana Menteri) kerana itu dia bergabung dengan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri.

“Selain itu, saya pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk kerajaan PN dan Langkah Sheraton agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan sembilan Ahli Parlimen PKR untuk ikut serta dalam Langkah Sheraton itu,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Mahathir berkata, jika beliau merancang PN mengapa perlu beliau tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika diterima sudah pasti dirinya kekal sebagai Perdana Menteri seperti yang diakui sendiri oleh Azmin.

“Jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling lumayan.

“Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin dalam PKR dan juga PH amat terancam. Anwar dan penyokongnya merancang dan berusaha untuk menjatuhkan Azmin dan ini bermula sejak pemilihan dalam PKR.

“Anwar secara terbuka menyokong Rafizi (Ramli) yang menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden dan apabila usaha tersebut gagal, muncul pula video yang mengaitkan Azmin dengan perlakuan seks sumbang,” katanya.

Dr Mahathir berkata, oleh kerana itu ia tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terbabit dalam penyebaran video itu dan kedudukan Azmin dalam PKR serta hubungannya dengan Anwar menjadi “untenable” atau tidak boleh diperbaiki.

“Kerana itu, walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton, tetapi saya faham kenapa dia berbuat demikian.

“Ini kerana baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri. tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi PM,” katanya.

Baru-baru ini dalam satu temubual bersama akhbar The Star, Azmin mendakwa penubuhan PN dirancang oleh Dr Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat