2,112 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,212 Jangkitan Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan sebanyak 1,212 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan jumlah kes keseluruhan positif sebanyak 65,697 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka berkenaan, sebanyak sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,203 kes pula adalah merupakan penularan dalam negara.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,578 kes.

“Bilangan kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,112 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID19 adalah 54,759 kes (83.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Sehingga kini, terdapat 113 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak tiga kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 360 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat