KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini apabila diperintah untuk membela diri atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana 1MDB.
Ini susulan mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap bekas perdana menteri dan menteri kewangan terbabit.
Justeru, Peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukan pembelaan akan memanggil 11 orang saksi.
Dalam pada itu, Shafee menegaskan, permohonan maaf bekas perdana menteri itu dalam skandal 1MDB bukan dibuat supaya keputusan mahkamah memihak kepadanya.
Sebaliknya kata Shafee, ungkapan penyesalan tidak akan mempengaruhi pembelaan kerana ia bukan pengakuan bersalah.