‘Pilih Umno Atau Perikatan?’ Umno Melaka Gesa PAS Buat Keputusan

- Advertisement -

Tangga Batu – Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad menggesa PAS membuat pendirian jelas sama ada mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional atau Perikatan Nasional.

Ini berikutan keputusan Jawatankuasa Tertinggi Umno semalam yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya negeri akan datang.

Mohamad Ali berkata, keputusan dicapai jawatankuasa tertinggi parti menunjukkan satu barisan pertahanan yang kuat bagi menghalang Pakatan Harapan (PH) merampas semula negeri itu.

“PAS perlu melihat parti yang mereka mahu kerjasama adalah parti yang paling kuat. Jadi PAS perlu buat keputusan sama ada mahu terima pelawaan Umno atau berniat untuk terus kekal bersama Bersatu dalam PN,” katanya.

“Berhubung hubungan PAS dengan Bersatu dalam PN, ia mesti ditentukan oleh pemimpin PAS. Jadi PAS perlu berfikir secara mendalam tentang hubungannya dengan Umno dalam MN (Muafakat Nasional).

Ketua Umno Bahagian Jasin Datuk Hasan Rahman juga menggesa PAS berfikir semula tentang hubungannya dengan Umno di bawah MN kerana ia pernah berjaya sebelumnya.

“Kejayaan MN sudah terbukti di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim River,” katanya.

Sementara itu, Ketua PN Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata tidak perlu yakinkan PAS bergabung dengan Bersatu walaupun Umno menawarkan kerjasama dengan parti Islam itu.

“Isu pujuk memujuk (PAS) tidak timbul, saya lihat komitmen PAS bersama dengan PN sentiasa tinggi.

“Ini termasuklah jentera parti dan program-program yang telah kita lakukan di peringkat akar umbi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat