Peguam Saman Agong Ada Kaitan Dengan Anwar?

Oleh: Dr Kamarul Zaman Yusuff

Banyak pihak yang menyesali tindakan seorang peguam memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi meminta mahkamah menentukan sama ada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara tidak terbatas (“unfettered discretion”) untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun setelah dinasihatkan sedemikian oleh Perdana Menteri.

Berdasarkan kepada salinan affidavit yang dilaporkan oleh pihak media, peguam ini mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong, tatkala enggan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai motif peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut tetapi sekadar mahu memperbetulkan salah tanggapan banyak pihak yang merasakan bahawa peguam ini kononnya mempunyai kaitan dengan pihak yang mahukan darurat diisytiharkan.

Saya tidak pelik bila peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut kerana beliau diketahui pernah mengkritik Yang di-Pertuan Agong di mana antara lain beliau pernah menulis di dalam satu WhatsApp Group bernama GELIGA begini:

“Perkara perkara pelik yang sedang berlaku

1. Kalau kena food poisoning atau sakit sendi bolehkah orang biasa check-in IJN? Check-in IJN kebetulan pula selepas Ketua Pembangkang umum ada majoriti.

2. Semakin pelik bila pegawai mengeluarkan kenyataan media begitu express memberitahu public yang tiada nama dikemukakan. Kalau dikemuka nama berpesta besar la kot bila agen tua berjawatan tinggi jadi barua bocor nama untuk tawar menawar justeru perlantikan pegawai sebegini prosedurnya perlu di kaji semula dan yang ada hantar jadi pegawai hospital bahagia boleh la sentiasa keluar kenyataan media express dengan gelaran patih kama wijaya zaman Hang Tuan Hang Jebat dulu.

3. Orang dungu sahaja akan percaya perlunya lockdown di Selangor KL dan Putrajaya ha ha ha. Lokasi apa agaknya di KL dan Putrajaya tu?

4. Sekali lagi selepas checked-in food poisoning di IJN kini istihar tangguh perjumpaan dua minggu lagi untuk jual beli manusia lebih untung daripada unta. Perlembagaan Persekutuan telah ada peruntukan jenayah dan Sivil dalam Mahkamah Khas untuk golongan yang tak sepatutnya bermain politik tu.”

Saya cuma pelik bila tindakan peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut cuba dikaitkan dengan pihak kerajaan kerana beliau diketahui memaparkan tahap kebencian yang agak tinggi terhadap kerajaan sekarang di mana antara lain beliau pernah menulis di dalam satu WhatsApp Group bernama GELIGA begini:

(1) “Seluruh kabinet tu tak patut ada depa patut duduk dalam penjara semua tahanan Sosma kerja sabotage demokrasi Negara bila bentuk kerajaan haram tebuk atap – bilakah Negara kita akan ada hero dalam PDRM/ATM untuk ajar terus para penjenayah ini ‘once and for all’. Jangan terhutang budi pada gelaran Tan Sri yang diberi itu pun bukan mak bapak depa punya.”

(2) “The current illegal govt cannot become the caretaker govt. Even the PM himself was never endorsed in Parliament with strong majority. IGP assisted by Army can manage the country by forgetting the entire illegal govt set up and started to arrest and charge them for multiple criminal offences. Those kangkong including retired one however old should also be arrested and prosecuted.”

Akan jadi lebih pelik lagi jika tindakan peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut cuba dikaitkan dengan pihak Tan Sri Muhyiddin kerana beliau diketahui memaparkan tahap kebencian yang agak tinggi terhadap Tan Sri Muhyiddin di mana antara lain beliau pernah menulis di dalam satu WhatsApp Group bernama GELIGA begini:

(1) “Lokasi PM haram tebuk atap merangkap abah rotan suka shopping almaklum rumah Bukit Damansara.”

(2) “Kata dia sakit kojol la tu tak lama lagi doctor cap ayam Malaysia bagi clean bill of health walhal semua rekod dan rawatan di Singapore. Agaknya cuma muka bermuka-muka akan ziarah dia bila kojol.”

Saya sebaliknya mungkin tidak akan merasa terlalu pelik jika tindakan peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut cuba dikaitkan dengan pihak Datuk Seri Anwar kerana beliau diketahui memaparkan tahap kesukaan yang agak tinggi terhadap Datuk Seri Anwar di mana antara lain beliau pernah menulis di dalam satu WhatsApp Group bernama GELIGA begini:

(1) “Keadaan masih uncertain meniaga manusia lebih untung drp meniaga unta Tuan. Sekalipun number mmg dah lebih drp cukup.”

(2) “DSAI manusia biasa juga cuma compare jenayah timbang kira kilo – majority competitor DSAI berat bertan tan jenayah jenayah.”

Seperti yang telah pernah saya nukilkan sebelum ini, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin telah mengambil tindakan bijaksana untuk akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong seterusnya tidak memulakan apa-apa langkah konfrontasi yang boleh mencetuskan krisis perlembagaan, apatah lagi untuk melibatkan diri secara sembunyi-sembunyi di dalam apa-apa tindakan bagi mencabar titah Yang di-Pertuan Agong ini.

Nota: Penulis adalah merupakan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pandangan tidak semestinya mewakili pendirian SuaraTV.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Malaysia Dateline Fitnah Annuar Musa Langgar SOP PKP – Tun Faisal

CYBERJAYA: Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas portal Malaysia Dateline kerana memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa...

Ust Mohammad Yaakob Bida Kereta Volvo MB Kedah RM150,000

KEDAH: Ustaz Mohammmad Yaakob Yusra Mohd Yusof telah berjaya membida kereta Volvo XC60 3.0 milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dengan jumlah...