376 Sekolah, Institusi Pendidikan Di Johor Bahru Ditutup Hingga 14 November – KPM

Muhasabah Diri Peja – Farhash

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihati Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya bermuhasabah diri setelah...

Zambry, Saarani Calon MB Perak Yang Baharu?

CYBERJAYA - Barisan Nasional (BN) Perak dijangka menamakan Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir sebagai calon Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal...

Najib Tanya Apa Jadi Kereta Terbang Nasional?

KUALA LUMPUR – Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menerbitkan idea pengeluaran kereta terbang nasional, namun sehingga...

Terima Kasih Semua, Saya Redha – Ahmad Faizal

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menerima keputusan Dewan Undangan Negeri Perak dan tidak akan memanjangkan krisis politik ini dan akan memberi...

Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti Adun Perak

IPOH - Yang Di Pertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato' Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumumkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal...

KUALA LUMPUr – Sebanyak 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru, Johor ditutup bermula 1 hingga 14 November ini susulan peningkatan kes positif Covid-19 di daerah itu yang disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dalam kenyataan, memaklumkan keputusan itu adalah selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Oktober lalu berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan disahkan zon merah oleh KKM.

“Jumlah itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. Sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup.

“Senarai institusi pendidikan yang ditutup di daerah Johor Bahru dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga serta warga sekolah dan institusi terbabit.

“Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM,” katanya.

Menurut kenyataan itu, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama sekolah atau institusi untuk pulang.

“Bagaimanapun, murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa serta murid atau pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan institusi berkaitan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum murid serta pelajar sepanjang tempoh itu akan disediakan pihak sekolah dan institusi berkenaan.

“Bagi murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka perlu mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan sepanjang tempoh penutupan itu, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

“KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM. Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah dan institusi akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Menunjuk-nunjuk ada sebab – Ustaz Ebit Lew

KUALA LUMPUR: Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengaku apa yang dilakukan sekadar mengajak lebih ramai...

i-Sinar beri nafas baharu pencarum

Kuala Lumpur: Kemudahan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan lapan juta ahli yang terjejas pendapatan akibat...

KWSP akan pertimbang setiap permohonan i-Sinar di bawah kategori kedua

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan i-Sinar di bawah kategori kedua, kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad...