Puteri UMNO Gesa Kerajaan Pertimbangkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, mengesa agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, dalam situasi krisis pandemik sekarang ni, suka atau tidak suka kerajaan harus memikirkan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat.

“Ramai yang hilang kerja, ramai yang dipotong gaji hampir 50%,

“Cadangan pengeluaran akaun 1 KWSP di lihat dapat membantu mereka yang terkesan,

“Rakyat tidak mintak bantuan tambahan kerajaan, rakyat hanya mahu keluarkan simpanan sendiri untuk kegunaan sara hidup ketika situasi sukar,” katanya dilaman facebook beliau, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Puteri UMNO juga berpandangan pencarum berhak mengeluarkan 30 peratus duit KWSP mereka secara bulanan dalam tempoh satu atau dua tahun atau maksimum RM10,000.

“Kerajaan Prihatin mesti sentiasa memikirkan perit jerih rakyat,” tegasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sukar benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan dengan wabak Covid-19.

Jelas Perdana Menteri, jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, rakyat khususnya pencarum akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat